Khamis, 29 Januari 2009

Adib - Budak Kompang



Adib..  subjek kali ini menarik kerana pertama kali aku berjumpa seorang budak berumur 3 tahun yang begitu meminati paluan kompang..

Menurut emak Adib.. kompang yang dimainkan olehnya hasil pemberian dari datuknya.. Setiap kali ada kenduri kahwin Adib akan membawa kompangnya sendiri.. Dia akan berdiri hampir dengan kumpulan kompang untuk menunjukkan bakatnya.. 

Cayalah Adib..

Jumaat, 16 Januari 2009

Aza

Outdoor photoshot ngan Aza...

Oleh kerana Aza merupakan penyokong kuat aku lam fotografi nie.. maka dia lah rasmi model pertama untuk camera baru aku.. D90. Lokasi photoshot nie di buat berdekatan dengan kawasan tasik shah alam. Kawasan nie agak sepi kerana tidak dijaga oleh MBSA. Walaupun cuaca agak mendung dan langit kurang cantik dapat juga beberapa gambar yang menarik bagi aku.. 




*p/s Aza - my beloved wife.. 

Khamis, 1 Januari 2009

Selamat Tahun Baru 2009 , Awal Muharram dan Selamat Hari Lahir Untuk Aku

Selamat Tahun Baru 2009 , Awal Muharamm dan Selamat Hari Lahir untuk aku.. 
Semoga azam tahun nie akan menjadi realiti dan bertambahlah rezeki untuk aku.. 
Dari sudut photography pula aku berazam untuk meningkatkan lagi kreativiti dan mutu dalam menghasilkan gambar yang bagus. Insyallah..