Selasa, 30 September 2008

Raya Datang lagi


Berhati-hati memandu semasa musim hari raya nie.. 
Tahun lepas aku tersempak dengan kemalangan..
Harap tahun nie tak jumpa..

Selamat Hari Raya..
Maaf dari zahir dan batin..

Semoga berbahagia di Hari Raya nie..


Sabtu, 20 September 2008

Tong Ann

Gambar di ambil tahun lepas ketika balik ke Kuala Pilah . 
Kedai kopi nie tinggal sepi pada bulan puasa nie .
Mungkin meriah selepas raya.. 
SELAMAT HARI RAYA
SELAMAT BALIK KAMPUNG

Jumaat, 5 September 2008

Maya dan Roni

Kali pertama aku sampai di Kota Tinggi .. 
hujan tak berhenti-henti.. 
hujan rahmat agaknye.. 
Aku duduk Hotel Mayres.. 
hotel ini macam berhantu je.. 

Sessi fotografi petang tu berjalan lancar..
nak keluar rumah hujan je..
takut pulak camera masuk air..
macam-macam posing petang tu.. 
balun.. pasal datang dari jauh.. 
tak nak lepaskan peluang shoot gaya yang best-best..

Malam majlis akad nikah kat dewan.. 
Kenapa dewan ??? Pasal masjid kat kawasan ni tengah baiki.. 
jadi penggantinya dewan ..
Roni datang lewat sikit.. Maya,keluarga dan Pak Imam dah tak keruan.. 
Akhir Roni sampai jua.. Fuh.. aku pon tak keruan gak malam tu.. Yelah kalau tak datang naya aku wooo.. 
Majlis berlangsung dalam suasana yang ringkas tapi beberapa acara yang menarik bagi aku.. macam pesanan ibu kepada anak perempuan.. 
Tapi aku tengok Maya rilek je.. 
Majlis selesai dan sambung shoot kat rumah.. 

Hari sanding berlangsung dalam keadaan hujan .. masak aku.. tapi dapat jugak beberapa shot yang aku nak.. upacara bayar toll, potong kek , baling gula2.. menarik bagi aku.. 

Cabaran sebenar ialah Outdoor photoshot.. nak cari "angle" dan "background" yang menarik.. dapat beberapa idea dan terpaksa memerah otak mencari idea baru.. akhir selesai jugak sessi petang.. 

Terima kasih kepada keluarga Maya yang begitu sporting dan happening.. harap buleh datang lagi ke sana..