Sabtu, 27 Disember 2008

Ezam dan Shah

Pertama kali aku bertindak sebagai tag pada Saiful Zamri @ Lufiahs . Tolong kengkawan.. ape salahnye kan..  sebenarnya dah lama nak gi shot ngan si saiful nie.. tapi masa tak mengizinkan .. akhirnya ezam dan shah bertuah kerana mendapat sentuhan kami berdua.. hahaha..  aku tak banyak shoot.. aku hanya tolong saiful untuk dapat angle yang best.. 

Terima kasih kepada Saiful kerana berkongsi idea dan pengalaman serta bagi aku lepak rumah baru die kat Ampang.. best rumah ko Saiful.. nice view.. 

Nanti kalo ade rezeki kita together-together lagi ye.. pada Ezam dan Shah , semoga berbahagia sehingga akhir hayat.

Isnin, 24 November 2008

Saiful dan Khuzaimah

Tahniah kepada Saiful dan Khuzaimah atas perkahwinan mereka. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Terima kasih kerana mengambil khidmat saya sebagai jurugambar perkahwinan mereka. Saya tumpang seronok dengan majlis ini yang saya anggap simple tapi meriah. Gambar ini saya pilih kerana contast colour antara baju mereka dengan colour tangga dan mereka kelihatan begitu cantik jika bergambar dari angle atas. Namun begitu, gambar di bawah mempunyai moment yang menarik sekali kerana mak dan bapak Khuzaimah agak permalu dan sukar nak mengambar gambar mereka dalam keadaan senyum. Gambar ini menunjukkan bertapa bahagia mereka semasa perkahwinan anak perempuan mereka. 

Selamat Menempuh Alam Baru Saiful dan Khuzaimah.



Isnin, 17 November 2008

Wear it pink - Breast Cancer Awareness

DSC00214

Kempen kesedaran mengenai kanser payudara... larian bermula pada pukul 8.00 pagi sekitar Bangsar.. Sudah lama aku tak mengambil gambar.. sibuk dengan tugasan dan kerja.. sebagai sokongan kepada kak ngah aku .. aku sertai sebagai tukang ambil gambar.. selain larian ada bermacam-macam aktiviti di padang TNB Bangsar..antara gambar di padang TNB.. 


Jumaat, 31 Oktober 2008

Terbang Tinggi

Aku terbang tinggi setelah selesai perbentangan projek akhir 
di UTM Skudai.
Kepada kawan-kawan seperjuangan mari kita terbang tinggi... 

Jumaat, 10 Oktober 2008

Selamat Hari Raya !!!!

Cuba guna texture.. Mohon maaf atas semua kesalahan.. jangan simpan lam hati.. maafkanlah.. 

Selasa, 30 September 2008

Raya Datang lagi


Berhati-hati memandu semasa musim hari raya nie.. 
Tahun lepas aku tersempak dengan kemalangan..
Harap tahun nie tak jumpa..

Selamat Hari Raya..
Maaf dari zahir dan batin..

Semoga berbahagia di Hari Raya nie..


Sabtu, 20 September 2008

Tong Ann

Gambar di ambil tahun lepas ketika balik ke Kuala Pilah . 
Kedai kopi nie tinggal sepi pada bulan puasa nie .
Mungkin meriah selepas raya.. 
SELAMAT HARI RAYA
SELAMAT BALIK KAMPUNG

Jumaat, 5 September 2008

Maya dan Roni

Kali pertama aku sampai di Kota Tinggi .. 
hujan tak berhenti-henti.. 
hujan rahmat agaknye.. 
Aku duduk Hotel Mayres.. 
hotel ini macam berhantu je.. 

Sessi fotografi petang tu berjalan lancar..
nak keluar rumah hujan je..
takut pulak camera masuk air..
macam-macam posing petang tu.. 
balun.. pasal datang dari jauh.. 
tak nak lepaskan peluang shoot gaya yang best-best..

Malam majlis akad nikah kat dewan.. 
Kenapa dewan ??? Pasal masjid kat kawasan ni tengah baiki.. 
jadi penggantinya dewan ..
Roni datang lewat sikit.. Maya,keluarga dan Pak Imam dah tak keruan.. 
Akhir Roni sampai jua.. Fuh.. aku pon tak keruan gak malam tu.. Yelah kalau tak datang naya aku wooo.. 
Majlis berlangsung dalam suasana yang ringkas tapi beberapa acara yang menarik bagi aku.. macam pesanan ibu kepada anak perempuan.. 
Tapi aku tengok Maya rilek je.. 
Majlis selesai dan sambung shoot kat rumah.. 

Hari sanding berlangsung dalam keadaan hujan .. masak aku.. tapi dapat jugak beberapa shot yang aku nak.. upacara bayar toll, potong kek , baling gula2.. menarik bagi aku.. 

Cabaran sebenar ialah Outdoor photoshot.. nak cari "angle" dan "background" yang menarik.. dapat beberapa idea dan terpaksa memerah otak mencari idea baru.. akhir selesai jugak sessi petang.. 

Terima kasih kepada keluarga Maya yang begitu sporting dan happening.. harap buleh datang lagi ke sana.. 

Selasa, 19 Ogos 2008

Tunang 2
































Pertunangan Dr.Ieza di Bangi merupakan satu kerja (bidan terjun) sebenarnya. Ini kerana shoot untuk Dr. Ieza tidak ada dalam jadual aku dan aku dapat panggilan telefon dari Zuhrie ( Red Media Photography ) pukul 11.00 pagi hari sabtu . Semasa tu aku lepak ngan photograher hebat En. Bazuki , En. Shamsharin , En. Azhar Maarof , En. Jimin Lai dan 2 lagi rakan mereka di sebuah kedai mamak Centre Market. Kebetulan aku jumpa mereka semasa shoot demo bantahan di Bangunaan Majlis Peguam. Zuhrie tanya aku free tak petang nie... aku cakap free terus die mintak aku shoot Dr. Ieza di Bangi nie.. aku ngan selamba gi rumah Dr. Ieza kat Bangi. Sampai rumah Dr. Ieza pukul 1.00 ptg, aku ingat aku dah lambat rupanya belum ada org datang pun.. Kebetulan aku jumpa emak die kat luar rumah .. Setelah beri salam aku .. terus mak die sergah tanya aku.. " Photograher ke ??? " .. aku dalam keadaan terkejut jawap " Ye .. Makcik.. " .. lepas tu emak die terus membebel pada aku pasai photographer yang diorang ambil tak jadi datang last minute.. pasai sakit mata katenye.. "ala.. photographer pun sedara mara gak " katanya... aku angguk je... aku kaji sekitar rumah .. serta berborak ngan kakak dan abg Dr. Ieza untuk membiasa diri aku ngan mereka... setelah dah mesra baru aku jumpa Dr. Ieza.. Dr. Ieza malu2 pada mulanya nak bergambar.. kemudian aku biar dia biasa dengan kamera aku... aku hentam snap dalam 20-30 keping.. amik gambar dalam keadaan dia selesa.. setelah dia mesra dengan aku baru aku suruh posing.. dan baru buleh berkerjasama.. Gambar diatas merupakan gambar menggunakan natural lighting.. pada jam 2.00 ptg matahari akan masuk dan betul-betul jatuh atas tangga nie.. aku tak lepaskan peluang ini.. Berikut antara gambar yang aku ambil tersebut.Terima kasih pada Dr. Ieza sekeluarga kerana membenarkan aku mengambil gambar mereka dalam keadaan yang begitu mesra sekali. Harap dapat mengambil gambar semasa kahwin pula.. pada bulan Januari 2009 nanti.. 

Aku teringat satu filem "The Pursuit of Happyness" lakonan Will Smith dimana salah satu tips yang diberikan oleh seorang kaya kepada beliau untuk berjaya dalam hidup .

Pertama "Good with people" dan kedua " Good with number " ... jadi aku sentiasa baik dengan pelanggan aku... 

Rabu, 13 Ogos 2008

Jalan Kaki Amal Kanser Payu Dara

Aku sertai majlis ini untuk memberi sokongan kepada Kak Ngah aku kerana melawan kanser payudara ini. Majlis berlangsung dengan meriah dan aku bertindak macam OP majlis ini ( bukan OP pun..) . Ramai betui gambar org aku snap. Bukan apa seronok tengok gelagat dan tingkah laku mereka. Ketika ini masih ada lagi gambar yang belum aku email pada mereka. Seronok bergambar hari tu terutama di Eye of Malaysia. Lompat sana.. lompat sini.. macam-macam post . Pada kak ngah aku semoga tabah menghadapi dugaan dari tuhan.

Jumaat, 1 Ogos 2008

Fairuz dan Zurina

Majlis persandingan ini diadakan di Dewan Sivik MPPJ pada 26 Julai 2008. Majlis berlangsung dalam keadaan yang teratur dan meriah. Majlis diselangi dengan selawat dan juga nyanyian . Kedua-dua mempelai sama cantik sama padan dan seperti di jodohkan bersama. Terima kasih atas layanan tuan rumah . Pertama kali nya gambar-gambar saya di tayangkan di layar dewan semasa kedua mempelai menikmati hidangan pengantin.Tahniah dari Musz Photo....

Khamis, 24 Julai 2008

Selangor' Cup 2008

Perlawanan bolasepak antara Selangor dengan Singapura berlangsung secara meriahnya di Stadium Shah Alam . Aku mendapat peluang mengambil gambar majlis ini bersama kawan-kawan yang lain.. ( Own Style Photographer ) . Majlis memberikan aku begitu banyak pengalaman berguna terutama mengambil gambar sukan. Begitu mencabar sekali terutama peralatan yang begitu limit sekali. Amat penting sekali lens f2.8 untuk keadaan yang low light begini..

Walau bagaimana pun , begitu seronok dapat terlibat dengan majlis begini . Harap dapat shoot lagi pada masa yang akan datang..

Khamis, 10 Julai 2008

Fairus dan Zurina


Pasangan yang unik pada aku... "Jodoh pertemuan semua dari Allah "... ungkapan paling sesuai untuk mereka . Semoga Allah menggantikan keperitan dan kepayahan dengan kebahagian dan kegembiraan kepada kalian berdua.. Saya telah bersetuju untuk menjadi OP mereka pada 26 dan 27 Julai 2008 .. Semoga majlis berjalan lancar nanti..

Rabu, 2 Julai 2008

Anugerah Ibu Malaysia

Bagaimana kau dapat shoot Permaisuri nie? Soalan dari kengkawan.. begini kisahnya .. pada satu hari aku dapat PM dari sorang yang tak aku kenali.. namanya Zalila.. katanya dia dari YADIM ( Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ) yang tengah mencari freelance photographer untuk Anugerah Ibu Malaysia 2008 di PWTC.. Dia tanya aku samada aku berminat atau tidak .. aku setuju je kerana ini merupakan satu peluang yang baik untuk aku mencabar diri mengambil gambar majlis yang besar.. Aku dikehendaki menghantar sebut harga pada salah seorang pegawai YADIM .. En Sharizal @ Boboy.. Jadi aku hantar lah sebut harga tersebut.. setelah dikaji dan berbincang.. alhamdullillah aku menang sebut harga tersebut.. Maka aku kena ambil gambar majlis ini 9 dan 10 Jun 2008... Sekarang semuanya telah selesai.. album pon aku dah deliver pada pihak YADIM .. Terima kasih pada YADIM terutama En Sharizal dan isteri.. terima kasih pada Jidin dari Anyevent Photography sebab tolong aku shoot majlis ini.. Pengalaman berharga untuk aku.. sampai sekarang aku masih tak kenal siapa tu Zalila tu..

Ahad, 15 Jun 2008

SMS dari ADAM

Album mereka telah saya "deliver" ke Kuantan.. berikut sms dari Adam..

"A'kum.gambar tu dah dapat. cantik.kami bpuas hati.terima kasih dr sy dan isteri."

Terima kasih atas layanan semasa berada di rumah mereka.. Semoga berbahagia selalu.. Insyallah kalau dapat anak nanti.. saya amik gambar lagi ye..

Isnin, 9 Jun 2008

Adam dan Nadiah

Majlis perkahwinan ini diadakan di Kediaman Pegawai Daerah Dungun, Terengganu. Pengalaman yang menyeronokkan semasa mengambil gambar pengantin ini walaupun sedikit keletihan kerana melalui perjalanan yang jauh ( isteri saya tahu kisah nie... hehehhe..) namun demikian setelah melihat hasil-hasil gambar kepenatan tersebut hilang.. Begitulah jiwa jurufoto... kadang kala kepenatan, wang ringgit dan bermacam-macam lagi akan menjadi perkara kedua dimana perkara pertama adalah hasil dari kamera yang memuaskan hatinya..

Pada pasangan pengantin nie harap bersabar ye.. gambar kalian akan saya hantar pada masa yang terdekat nie.. gambar2 yang lain.. boleh klik di sini

Isnin, 2 Jun 2008

Menara Condong Teluk Intan


Merupakan mercu tanda bagi bandar Teluk Intan.Kenapa dalam bentuk hitam putih? kerana bangunan ini dibina tahun 1882.. hitam putih bagi mengambarkan nostalgia bagi bangunan nie..

Sabtu, 17 Mei 2008

Gambar Perkahwinan

Berikut beberapa koleksi dari gambar perkahwinan yang pernah saya ambil :-

Khamis, 15 Mei 2008

Koleksi Gambar dari Flickr

Aku baru sahaja berjumpa dengan "Pictobrowser" ini...

Sabtu, 10 Mei 2008

Hari Keluarga Persatuan Generasi Yang Chek

Pertama kali Persatuan keluarga ini membuat hari keluarganya sendiri.. Begitu banyak cabaran dan dugaan untuk menjadi hari keluarga ini realiti.. aku tidak terlibat secara langsung dalam hari keluarga nie kerana kesibukan kerja dan belajar... aku hanya hantar wakil.. thanks pada wife aku.. gambar aku post kali ini merupakan satu gambar panning jugak.. aku agak suka dengan teknik panning nie kerana bagi aku moment agak dramatik.. Gambar ini aku snap ketika sukaneka iaitu bawa bola ping pong dalam sudu.. yang penting pemenangnya adalah kumpulah JOLEH..!!!

Selasa, 22 April 2008

DSA 2008



Dato Seri Najib Tun Razak melalui booth Sapura sempena DSA 2008 di PWTC . DSA kali nie menyebabkan aku tak cukup tidor dan agak tertekan.. pada sesiapa yang berkesempatan ke DSA ini silalah ke booth Sapura untuk mencuba 'Simulator" kami..

Khamis, 10 April 2008

Sheila


Kali ini aku letak gambar adik aku Sheila sempena Konvokesyen dia di PWTC baru-baru ini. Semasa shoot gambar ini aku tak menggunakan flash kerana flash aku ada masalah "contact" jadi aku rendahkan shutter speed dan aku naikkan iso ke 400 dan aku pesan kat adik aku.. " Duduk diam-diam.. jgn gerak ".. Oleh kerana kamera chap ayam aku ada "built in anti shake " .. so nampak gambar agak sharp.. Cara ini buleh digunakan sekiranya subjek tidak bergerak kalau tidak tentu "blur"..

Isnin, 31 Mac 2008

Pengemis


Pengemis ini adalah seorang wanita yang membawa anak kecil untuk meminta sedekah.. ketika ini hujan renyai2.. ketika cahaya lampu kereta dihadapan kereta aku menyuluh mukanya terus aku menekan shutter kamera. Aksinya dapat aku rakam secara spontan.. Aku suka gambar nie kerana kamera chap ayam aku agak sukar untuk merakam gambar sewaktu cahaya kurang.. tapi kali ni aku berjaya.. "good job".. bisik hati ku..

Selasa, 18 Mac 2008

Tunang


Kali ini aku post satu gambar pertunangan antara Saiful ngan Khuzaimah.. Alhamdullilah.. majlis berjalan dengan lancar.. Pada mulanya aku risau takut kene berkerja ujung minggu .. nasib baik tak de aral melintang.. Gambar ini cuma mengambarkan keriangan bakal tunang menunggu kedatangan rombongan meminang.. aku cuba menceritakan melalui bayangan di cermin tersebut..

Harap majlis perkahwinan mereka dapat aku hadiri sebagai OP pulak.. "hopefully".. Amin..

Sabtu, 15 Mac 2008

Kahwin


Kali ini aku tampilkan satu gambar dari koleksi gambar perkahwinan aku.. Gambar ini aku ambil di sebuah flat kos rendah di Puchong. Aku pernah tinggal di flat nie pada mula-mula aku kahwin dulu.. Rumah Embah Pangat merupakan rumah yang aku sewa tapi kini Embah pangat pon telah tiada.. tapi kenangan di flat nie masih segar dari ingatan aku..

Gambar nie aku ambil ketika pengantin perempuan "Ira" hendak turun untuk bersanding. Semasa menunggu lif aku dapati ade pattern yang menarik pada tingkap ini lalu aku minta Ira posing kat tingkap tersebut.. oleh kerana cahaya cukup maka tidak perlu aku top up dengan cahaya flash..

Terima kasih kepada Anyevent Photography ( Jidin dan Isteri ) kesudian mereka menjemput aku selaku "Tag a long photographer" dan memilih gambar ini untuk dimasukkan dalam album pengantin.

Jumaat, 14 Mac 2008

YB baru

Demam pilihanraya masih belum reda maka gambar kali nie masih lagi berkaitan dengan pilihanraya. Istimewa pilihanraya kali nie ialah calon BN di kawasan aku N18,Pilah ialah Adnan Abu Hasan jiran depan rumah aku .. aku panggil Acu.. Acu Bujeng.. Sedikit cerita mengenai Acu Bujeng beliau telah berjaya menjadi YB di tempat aku. Aku ingat lagi setiap kali mesyuarat UMNO kawasan aku mesti dia call aku.. "jangan lupa datang ye... " pesan dia.. tapi setiap kali mesyuarat aku mesti ade hal punye..

Tahniah pada Acu Bujeng.. Semoga dapat menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin .

Gambar ini adalah gambar salah seorang pemandu atau perayu undi BN menunggu para pengundi untuk di hantar pulang.

Ahad, 9 Mac 2008

Semangat 2




Calon PAS En. Muhammad Taufek bin Abd Ghani bersama para 
penyokong beliau ..PAS memenangi  kerusi  DUN N.25 Paroi buat 
pertama kali di Negeri Sembilan.Gambar nie merupakan gambar
secara terus "direct shot" .. namun demikian gambar suasana
semasa gambar nie dirakam memang hebat . Ini kerana buat pertama
kali saya melihat kaum cina dan kaum india menyokong penuh
pembangkang terutama PAS.. begitu semangat sekali.. bagaimana
gambar nie dapat dirakam ? Jurugambar bebas memberi kelebihan
kepada saya... 


Pemuda PAS ini merupakan duta penyelamat dan kasih sayang.. beliau begitu semangat sekali menyokong Calon PAS .

Khamis, 6 Mac 2008

Gembira

Gambar kali ini lari sket dari kehangatan pilihanraya.. aku tak berkesempatan nak mengambil gambar . Kesibukan kerja membataskan pengerakan aku. Gambar aku ambil ini merupakan gambar tahun lepas di rumah Embah aku . Gambar menunjukkan keriangan anak saudara aku ketika mengambil gambar mereka.. pada mula aku suruh mereka melompat tapi kurang menjadi.. kebetulan budak lelaki dalam gambar tersebut pakai seluar londeh.. maka budak pompuan kat belakang tu tergelak besar la kerana terlihat benda yang tidak sepatutnya.. aku tak melepaskan saat tersebut dan aku tambah dengan garisan horizontal di belakang mereka bagi memberi "leading line" dalam gambar nie..



*Subjek menarik pilihanraya 2008.. sasaran seterusnya..

Isnin, 3 Mac 2008

Semangat


Gambar nie aku rakam kerana aku dapati muslimah dari PAS nie begitu semangat sekali melaungkan luahan hatinya. Aku takkan bercerita tentang teknikal gambar nie.. tapi selepas aku ambil gambar nie aku tanya pada salah seorang muslimah PAS.. "kak..semangat betui diorang nie ye.. " kata aku pada muslimah tersebut.. jawapnya "mestilah dik.. kitaorang nie parti tak berbayar.. sukarela ..semangat lebih.. " sambungnya lagi.. " parti sebelah sana.. semua bayar.. " kata-kata muslimah tu menimbulkan tanda tanya pada aku.. aku tak pasti kebenarannya.. tapi yang aku percaya kalau kita ikhlas dengan sesuatu yang kita buat.. kitakan buat bersungguh-sungguh.."aku mesti ikhlas.." kata hatiku..

Post Pertama Kali

Salam,

Akhirnya aku berjaya membina blog aku sendiri . Kunamakan blog nie 730 kerana nombr nie memberi bermacam-macam suka duka dalam hidup aku . Blog nie merupakan personal blog untuk aku berbicara mengenai hidup aku dan kisah beberapa gambar yang aku ambil. Sudah lama blog nie aku daftar tapi tak berkesempatan untuk aku mencorakkan blog nie.. Blog nie akan aku letak gambar yang aku rasa menarik pada pandangan mata aku.. Setiap gambar ada cerita yang tersendiri .. Maka aku akan cuba ceritakan kisah sebalik gambar tersebut. . Kisah sebalik gambar merupakan satu kisah yang menarik untuk diperkatakan. Oh.. ya.. Blog aku nie akan ku tulis dengan bahasa malaysia kerana aku rasa lebih mesra dengan pembacanya..

Oleh kerana kehangatan pilihanraya di Malaysia nie begitu ketara , aku tak lepaskan peluang untuk merakamkan saat yang menarik sepanjang pilihanraya nie.. Aku mulakan dengan gambar ini... Bismillahirahmannirahim..

Tajuk :-Angin Perubahan

Semasa aku mengambil gambar nie aku berada di Kuantan kerana berkerja. Aku tak pernah pergi penamaan calon sebelum nie jadi aku datang awal pagi.. Aku cuba cari "subjek" yang menarik dan hati aku kuat berkata bahawa ada "subjek" menarik kali nie.. Sepanjang penamaan calon aku sentiasa berkata pada setiap org yang bertanya bahawa aku jurugambar bebas.. Memang pon.. aku tak keje ngan sape2 pon.. Aku cuma mencabar mata dan kretiviti aku je.. Jadi gambar nie aku amik setelah aku dapati brader yang membawa bendera tu berlari2 anak di depan aku.. "Nie pannig shoot nie.." kata aku dalam hati.. so aku set Exposure:0.05 sec (1/20) dan Aperture: f/22 dan aku shoot .. pada mula tak jadi.. percubaan kali kedua baru berjaya.. Aku tunjukkan kepada brader tu gambar yang aku ambil.. "menarik.. menarik.. " katanya .. "abg nak gambar nie.. " katanya lagi.. aku cakap "boleh.. tarak hal.. nanti saya burn lam Cd.. saya bagi kat abg.." brader angguk je.. so aku bagi CD tu kat pondok PAS di Taman TAS.. terima kasih pada para penyokong BN, PAS dan Keadilan Kuantan.. Korang memang happening..