Ahad, 15 Jun 2008

SMS dari ADAM

Album mereka telah saya "deliver" ke Kuantan.. berikut sms dari Adam..

"A'kum.gambar tu dah dapat. cantik.kami bpuas hati.terima kasih dr sy dan isteri."

Terima kasih atas layanan semasa berada di rumah mereka.. Semoga berbahagia selalu.. Insyallah kalau dapat anak nanti.. saya amik gambar lagi ye..

Isnin, 9 Jun 2008

Adam dan Nadiah

Majlis perkahwinan ini diadakan di Kediaman Pegawai Daerah Dungun, Terengganu. Pengalaman yang menyeronokkan semasa mengambil gambar pengantin ini walaupun sedikit keletihan kerana melalui perjalanan yang jauh ( isteri saya tahu kisah nie... hehehhe..) namun demikian setelah melihat hasil-hasil gambar kepenatan tersebut hilang.. Begitulah jiwa jurufoto... kadang kala kepenatan, wang ringgit dan bermacam-macam lagi akan menjadi perkara kedua dimana perkara pertama adalah hasil dari kamera yang memuaskan hatinya..

Pada pasangan pengantin nie harap bersabar ye.. gambar kalian akan saya hantar pada masa yang terdekat nie.. gambar2 yang lain.. boleh klik di sini

Isnin, 2 Jun 2008

Menara Condong Teluk Intan


Merupakan mercu tanda bagi bandar Teluk Intan.Kenapa dalam bentuk hitam putih? kerana bangunan ini dibina tahun 1882.. hitam putih bagi mengambarkan nostalgia bagi bangunan nie..