Selasa, 29 Disember 2009

Hishamadie dan Hanin

Kisah cinta mereka nie bermula di SAPURA... aku rasa ramai telah menemui jodoh di sini .. nasib baik aku dah kawin... hehehehe.. Aku menjadi OP untuk Majlis Akad Nikah dan Majlis Persandingan di Shah Alam... kepada pengantin .. Semoga berbahagia selalu dan selamat menempuhi alam rumahtangga.. banyak-banyak bersabar ye..




Sabtu, 19 Disember 2009

Suhaimi dan Farrah

Alhamdullillah.. syukur.. mereka berdua telah selamat diijabkabulkan... Ayah Farrah telah menikahkan mereka berdua dengan sekali lafaz... tahniah dari aku.. akhirnya SAPURA telah berjaya menemukan jodoh mereka berdua... berikut gambar semasa akad nikah mereka.. aku bukan official photographer mereka.. aku datang sebagai rakan sepejabat saje.. aku snap jugak lah sikit2.... Semoga berbahagia sepanjang hayat...














Sabtu, 21 November 2009

Pre-Wedding


Pre-Wedding Onie dengan Halim berlatar belakangkan bangunan di Putrajaya.. mereka akan melangsungkan perkahwinan pada bulan 2 2010 nanti...
enjoy the slide..

Rabu, 4 November 2009

Pertunangan Hidayah


Hidayah adalah adik ipar aku... Majlis diadakan pada Ahad , 1 November 2009 ... Majlis yang ringkas tapi meriah ini agak sukar aku kawal kerana terlalu banyak arahan dari pihak-pihak lain .. Pelan awal sarung cincin kat dalam bilik .. tiba-tiba suruh sarung kat luar.. tengah baca doa .. ada pulak arahan kena salam dengan semua orang.. aduhai.. pening aku.. walau bagaimana pun .. dapat jugak beberapa shot yang aku nak.. kecuali sarung cincin yang aku rase kurang menjadi.. berikut gambar-gambar majlis tersebut..





Ahad, 11 Oktober 2009

Majlis Pertunangan Nor azreen

"Ayeen..." Aku panggil ... " senyum..!!" anak Mak Ngah aku nie pemalu lain macam sikit.. tapi kalo tak de orang .. amik kao... antara gamba outdoor yang aku amik sempena majlis pertunangan die di Port Dickson...





Isnin, 28 September 2009

Aidilfitri 1430




Hayatilah senikata lagu tersebut...

Jumaat, 18 September 2009

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali saya... Mohon maaf atas kesalahan yang disengaja atau tidak disengajakan.. Minta halalkan makan dan minum ... Kepada sesiapa yang saya kenali juga .. saya sudah memaafkan kesalahan kalian.. kira kita 0-0 ye...


Hati-hati di jalanraya...

Isnin, 14 September 2009

Bermain dengan cahaya...


Berbekalkan tripod chap ayam,shutter release, torch light, laser pointer , flash dan 2 org pelakon... hasilnye..

Jumaat, 28 Ogos 2009

Jiwa Merdeka

Merdeka ertinya bebas
Bebas dari dijajah
Bebas dari dibelenggu
Bebas dari segalanya
Kita bebaskan minda
Kita bebaskan jiwa
Kita bebaskan diri
Demi sebuah kehidupan yang lebih bererti

Jiwa kita jiwa merdeka
Merdeka kita satu amanah
Amanah kita untuk menjaga
Menjaga kemerdekaan untuk selama-lamanya

Rabu, 19 Ogos 2009

Hari untuk aku...

Kali ini entry khas untuk aku... My Convocation...



16 Ogos 2009
-Musz-

Sabtu, 18 Julai 2009

Moqh dan Eizah


Moqh merupakan salah seorang photographer CS dan juga lomographer. Banyak gambar2 beliau yang aku jadikan rujukan . Aku berkesempatan untuk menghadiri majlis bertandang beliau di Ulu tiram , Johor. Majlis berlangsung dengan meriah dengan iringi muzik ghazal , makanan yang sedap serta minuman yang berbagai ( macam pasar malam ) . Kali pertama aku dapat menyaksikan bagaimana photographer2 CS beraksi secara live. Cara mereka approach client mereka untuk mendapatkan angle yang menarik memang hebat.. Tidak lupa juga videographer yang hebat yang shoot dengan menggunakan DSLR ( 500D ) kalau tak silap aku.. Aku bertindak sebagai pemerhati sahaja dan aku hanya shoot beberapa shot sahaja. Berikut photographer yang terlibat dengan majlis tersebut :-



untuk melihat video majlis tersebut sila klik sini

Blog Moqh sini


p/s:- Seharian dengan diorang ini rasa macam aku kerja ngan CS plak.. hehehe..

Jumaat, 10 Julai 2009

Zamri dan Nani

Perjalanan aku kali ini memang jauh.. dari Shah Alam ke Pasir Puteh.. Rasanya macam tak jauh tapi bayangkan aku naik bas dari Shah Alam pukul 9.00 pagi dan aku sampai bas stesen Pasir Puteh pukul 1.30 pagi.. masak aku dalam bas satu hari suntuk... nasib baik aku datang sehari awal.. kalau masa majlis berlangsung memang haru... Keinginan dan kehendak aku untuk melihat tempat orang menyebabkan aku teruskan jua selain itu , pengantin merupakan adik officemate aku ( Rozi Hartini... adik dia Rozi Harnina .. aku panggil Nani je.. ) . bagi aku , majlis berlangsung secara sederhana dan aku baru hendak menbiasakan diri dengan slaga Kelate... Aku paham sikit2.. bulehlah.. Berikut gambar semasa majlis tersebut..



Helmi dan Fara


Helmi adalah sepupu aku ... anak pak cik aku.. Pak Cek panggilan aku panggil.. anak yang kedua Pak Cek ini polis bertugas di Langkawi.. Outdoor photoshot dilakukan hasil bantuan dari ahli keluarga sendiri... lighting girl ( Kak Ngah ), assistant photographer ( Shiela - adik aku ) , assist pak andam ( kak lang ) dan model2 tambahan sepupu2..

Masa yang ada terlalu limit.. kerana ada majlis suaikenal sanak saudara .. ( aku kidnap pengantin nie sebenarnya.. hahaha.. ) ... dengan langit yang putih ( time jerebu ) dan laut ( eh lupa aku nak beritahu.. lokasi kat PD ) .. ok.. laut sedang surut.. pak andam tak kasik masuk dalam laut.. ( takut baju rosak ) .. masalah2 tersebut membataskan kreativiti petang tu... hanya ini hasil yang mampu aku buat.. nanti aku akan cuba lagi.. aku akan explorer PD lagi.. aku janji..

Selasa, 26 Mei 2009

Rizal dan Reen

Pandangan dari Bukit Ampang memang menarik terutama waktu petang.. aku abadikan kenangan mereka berdua di atas bukit nie.. biar mereka sentiasa terkenang saat-saat perkahwinan mereka apabila berada di atas bukit ini.. Rizal dan Reen .. Selamat Pengantin Baru ..aku ucapkan..


p/s :- kepada adik Reen .. Bird.. thank a lot brader...

Jumaat, 15 Mei 2009

Farah dan Rajib

Ramai lak yang bertunang nama Farah.. kebetulan je tu.. heheheh.. terima kasih kepada cik Nurul yang bagi saya peluang shoot majlis nie.. majlis yang meriah dan mesra.. walaupun Farah begitu gementar pada mulanya tapi begitu "enjoy" apabila selesai upacara meminang.. Kepada Farah dan Rajib .. selamat bertunang saya ucapkan .. kalian memang secocok.. tahniah.. gambar2 dari majlis pertunangan tersebut..



Sabtu, 11 April 2009

Farah dan Suhaimi

Mereka berdua adalah member opis aku.. bercinta diam2.. bila tanya "mana ada .. kawan je.. " cam jawapan artis ye.. hehehe.. Selamat Bertunang buat korang berdua.. Sama2 lah jaga hubungan hingga disatukan hujung tahun nie..  

p/s:- Nak kawin jangan lupa aku lak.. hehehhe.. 

Sabtu, 4 April 2009

Azean dan Azmi






Gambar ini diambil ketika perkahwinan Azean dan Azmi di Felda Tementi , Triang , Pahang. Azean merupakan sepupu kepada wife aku dan setiap orang telah dibahagikan tugas maka dengan rasminya aku jurugambar pada hari besar mereka.. Beberapa gambar mereka semasa "outdoor".. outdoor dalam hujan.. 


Sabtu, 21 Mac 2009

Gagau Ikan

Semasa balik kampung Sungai Besar baru-baru ini .. terjumpa sekumpulan budak yang tengah mengagau ikan..  jarang aku jumpa aktiviti macam nie..  aku ikut budak-budak  tu satu petang .. antara gambar yang aku dapat..

pada aku budak ini sangat berani dan sangat mengenali tempat yang di cari ikan.. manalah tahu tergagau ular ke.. uish.. risau gak aku masa tu..  dapat jugak la petang ikan haruan.. jadilah.. 

Ahad, 8 Februari 2009

Orang Asli Hutan Belum


Ekspedisi Hutan Belum , Gerik ini merupakan satu aktiviti bersama 2.8 Studio Photography selama 2 hari 1 malam.. Kumpulan kami singgah di salah satu perkampungan orang asli untuk meninjau kehidupan mereka disana.. Kehidupan mereka agak daif di samping tertekan dek serangan gajah ke atas tanaman mereka.. Apakah daya kami hanya mampu mendengar rintihan dan keluhan mereka.. Gambar di atas aku pilih kerana menunjukkan seorang anak orang asli yang kelaparan didalam rumahnya.. 


Khamis, 29 Januari 2009

Adib - Budak Kompang



Adib..  subjek kali ini menarik kerana pertama kali aku berjumpa seorang budak berumur 3 tahun yang begitu meminati paluan kompang..

Menurut emak Adib.. kompang yang dimainkan olehnya hasil pemberian dari datuknya.. Setiap kali ada kenduri kahwin Adib akan membawa kompangnya sendiri.. Dia akan berdiri hampir dengan kumpulan kompang untuk menunjukkan bakatnya.. 

Cayalah Adib..

Jumaat, 16 Januari 2009

Aza

Outdoor photoshot ngan Aza...

Oleh kerana Aza merupakan penyokong kuat aku lam fotografi nie.. maka dia lah rasmi model pertama untuk camera baru aku.. D90. Lokasi photoshot nie di buat berdekatan dengan kawasan tasik shah alam. Kawasan nie agak sepi kerana tidak dijaga oleh MBSA. Walaupun cuaca agak mendung dan langit kurang cantik dapat juga beberapa gambar yang menarik bagi aku.. 




*p/s Aza - my beloved wife.. 

Khamis, 1 Januari 2009

Selamat Tahun Baru 2009 , Awal Muharram dan Selamat Hari Lahir Untuk Aku

Selamat Tahun Baru 2009 , Awal Muharamm dan Selamat Hari Lahir untuk aku.. 
Semoga azam tahun nie akan menjadi realiti dan bertambahlah rezeki untuk aku.. 
Dari sudut photography pula aku berazam untuk meningkatkan lagi kreativiti dan mutu dalam menghasilkan gambar yang bagus. Insyallah..