Isnin, 31 Mac 2008

Pengemis


Pengemis ini adalah seorang wanita yang membawa anak kecil untuk meminta sedekah.. ketika ini hujan renyai2.. ketika cahaya lampu kereta dihadapan kereta aku menyuluh mukanya terus aku menekan shutter kamera. Aksinya dapat aku rakam secara spontan.. Aku suka gambar nie kerana kamera chap ayam aku agak sukar untuk merakam gambar sewaktu cahaya kurang.. tapi kali ni aku berjaya.. "good job".. bisik hati ku..

Selasa, 18 Mac 2008

Tunang


Kali ini aku post satu gambar pertunangan antara Saiful ngan Khuzaimah.. Alhamdullilah.. majlis berjalan dengan lancar.. Pada mulanya aku risau takut kene berkerja ujung minggu .. nasib baik tak de aral melintang.. Gambar ini cuma mengambarkan keriangan bakal tunang menunggu kedatangan rombongan meminang.. aku cuba menceritakan melalui bayangan di cermin tersebut..

Harap majlis perkahwinan mereka dapat aku hadiri sebagai OP pulak.. "hopefully".. Amin..

Sabtu, 15 Mac 2008

Kahwin


Kali ini aku tampilkan satu gambar dari koleksi gambar perkahwinan aku.. Gambar ini aku ambil di sebuah flat kos rendah di Puchong. Aku pernah tinggal di flat nie pada mula-mula aku kahwin dulu.. Rumah Embah Pangat merupakan rumah yang aku sewa tapi kini Embah pangat pon telah tiada.. tapi kenangan di flat nie masih segar dari ingatan aku..

Gambar nie aku ambil ketika pengantin perempuan "Ira" hendak turun untuk bersanding. Semasa menunggu lif aku dapati ade pattern yang menarik pada tingkap ini lalu aku minta Ira posing kat tingkap tersebut.. oleh kerana cahaya cukup maka tidak perlu aku top up dengan cahaya flash..

Terima kasih kepada Anyevent Photography ( Jidin dan Isteri ) kesudian mereka menjemput aku selaku "Tag a long photographer" dan memilih gambar ini untuk dimasukkan dalam album pengantin.

Jumaat, 14 Mac 2008

YB baru

Demam pilihanraya masih belum reda maka gambar kali nie masih lagi berkaitan dengan pilihanraya. Istimewa pilihanraya kali nie ialah calon BN di kawasan aku N18,Pilah ialah Adnan Abu Hasan jiran depan rumah aku .. aku panggil Acu.. Acu Bujeng.. Sedikit cerita mengenai Acu Bujeng beliau telah berjaya menjadi YB di tempat aku. Aku ingat lagi setiap kali mesyuarat UMNO kawasan aku mesti dia call aku.. "jangan lupa datang ye... " pesan dia.. tapi setiap kali mesyuarat aku mesti ade hal punye..

Tahniah pada Acu Bujeng.. Semoga dapat menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin .

Gambar ini adalah gambar salah seorang pemandu atau perayu undi BN menunggu para pengundi untuk di hantar pulang.

Ahad, 9 Mac 2008

Semangat 2




Calon PAS En. Muhammad Taufek bin Abd Ghani bersama para 
penyokong beliau ..PAS memenangi  kerusi  DUN N.25 Paroi buat 
pertama kali di Negeri Sembilan.Gambar nie merupakan gambar
secara terus "direct shot" .. namun demikian gambar suasana
semasa gambar nie dirakam memang hebat . Ini kerana buat pertama
kali saya melihat kaum cina dan kaum india menyokong penuh
pembangkang terutama PAS.. begitu semangat sekali.. bagaimana
gambar nie dapat dirakam ? Jurugambar bebas memberi kelebihan
kepada saya... 


Pemuda PAS ini merupakan duta penyelamat dan kasih sayang.. beliau begitu semangat sekali menyokong Calon PAS .

Khamis, 6 Mac 2008

Gembira

Gambar kali ini lari sket dari kehangatan pilihanraya.. aku tak berkesempatan nak mengambil gambar . Kesibukan kerja membataskan pengerakan aku. Gambar aku ambil ini merupakan gambar tahun lepas di rumah Embah aku . Gambar menunjukkan keriangan anak saudara aku ketika mengambil gambar mereka.. pada mula aku suruh mereka melompat tapi kurang menjadi.. kebetulan budak lelaki dalam gambar tersebut pakai seluar londeh.. maka budak pompuan kat belakang tu tergelak besar la kerana terlihat benda yang tidak sepatutnya.. aku tak melepaskan saat tersebut dan aku tambah dengan garisan horizontal di belakang mereka bagi memberi "leading line" dalam gambar nie..



*Subjek menarik pilihanraya 2008.. sasaran seterusnya..

Isnin, 3 Mac 2008

Semangat


Gambar nie aku rakam kerana aku dapati muslimah dari PAS nie begitu semangat sekali melaungkan luahan hatinya. Aku takkan bercerita tentang teknikal gambar nie.. tapi selepas aku ambil gambar nie aku tanya pada salah seorang muslimah PAS.. "kak..semangat betui diorang nie ye.. " kata aku pada muslimah tersebut.. jawapnya "mestilah dik.. kitaorang nie parti tak berbayar.. sukarela ..semangat lebih.. " sambungnya lagi.. " parti sebelah sana.. semua bayar.. " kata-kata muslimah tu menimbulkan tanda tanya pada aku.. aku tak pasti kebenarannya.. tapi yang aku percaya kalau kita ikhlas dengan sesuatu yang kita buat.. kitakan buat bersungguh-sungguh.."aku mesti ikhlas.." kata hatiku..

Post Pertama Kali

Salam,

Akhirnya aku berjaya membina blog aku sendiri . Kunamakan blog nie 730 kerana nombr nie memberi bermacam-macam suka duka dalam hidup aku . Blog nie merupakan personal blog untuk aku berbicara mengenai hidup aku dan kisah beberapa gambar yang aku ambil. Sudah lama blog nie aku daftar tapi tak berkesempatan untuk aku mencorakkan blog nie.. Blog nie akan aku letak gambar yang aku rasa menarik pada pandangan mata aku.. Setiap gambar ada cerita yang tersendiri .. Maka aku akan cuba ceritakan kisah sebalik gambar tersebut. . Kisah sebalik gambar merupakan satu kisah yang menarik untuk diperkatakan. Oh.. ya.. Blog aku nie akan ku tulis dengan bahasa malaysia kerana aku rasa lebih mesra dengan pembacanya..

Oleh kerana kehangatan pilihanraya di Malaysia nie begitu ketara , aku tak lepaskan peluang untuk merakamkan saat yang menarik sepanjang pilihanraya nie.. Aku mulakan dengan gambar ini... Bismillahirahmannirahim..

Tajuk :-Angin Perubahan

Semasa aku mengambil gambar nie aku berada di Kuantan kerana berkerja. Aku tak pernah pergi penamaan calon sebelum nie jadi aku datang awal pagi.. Aku cuba cari "subjek" yang menarik dan hati aku kuat berkata bahawa ada "subjek" menarik kali nie.. Sepanjang penamaan calon aku sentiasa berkata pada setiap org yang bertanya bahawa aku jurugambar bebas.. Memang pon.. aku tak keje ngan sape2 pon.. Aku cuma mencabar mata dan kretiviti aku je.. Jadi gambar nie aku amik setelah aku dapati brader yang membawa bendera tu berlari2 anak di depan aku.. "Nie pannig shoot nie.." kata aku dalam hati.. so aku set Exposure:0.05 sec (1/20) dan Aperture: f/22 dan aku shoot .. pada mula tak jadi.. percubaan kali kedua baru berjaya.. Aku tunjukkan kepada brader tu gambar yang aku ambil.. "menarik.. menarik.. " katanya .. "abg nak gambar nie.. " katanya lagi.. aku cakap "boleh.. tarak hal.. nanti saya burn lam Cd.. saya bagi kat abg.." brader angguk je.. so aku bagi CD tu kat pondok PAS di Taman TAS.. terima kasih pada para penyokong BN, PAS dan Keadilan Kuantan.. Korang memang happening..