Khamis, 24 Julai 2008

Selangor' Cup 2008

Perlawanan bolasepak antara Selangor dengan Singapura berlangsung secara meriahnya di Stadium Shah Alam . Aku mendapat peluang mengambil gambar majlis ini bersama kawan-kawan yang lain.. ( Own Style Photographer ) . Majlis memberikan aku begitu banyak pengalaman berguna terutama mengambil gambar sukan. Begitu mencabar sekali terutama peralatan yang begitu limit sekali. Amat penting sekali lens f2.8 untuk keadaan yang low light begini..

Walau bagaimana pun , begitu seronok dapat terlibat dengan majlis begini . Harap dapat shoot lagi pada masa yang akan datang..

Khamis, 10 Julai 2008

Fairus dan Zurina


Pasangan yang unik pada aku... "Jodoh pertemuan semua dari Allah "... ungkapan paling sesuai untuk mereka . Semoga Allah menggantikan keperitan dan kepayahan dengan kebahagian dan kegembiraan kepada kalian berdua.. Saya telah bersetuju untuk menjadi OP mereka pada 26 dan 27 Julai 2008 .. Semoga majlis berjalan lancar nanti..

Rabu, 2 Julai 2008

Anugerah Ibu Malaysia

Bagaimana kau dapat shoot Permaisuri nie? Soalan dari kengkawan.. begini kisahnya .. pada satu hari aku dapat PM dari sorang yang tak aku kenali.. namanya Zalila.. katanya dia dari YADIM ( Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ) yang tengah mencari freelance photographer untuk Anugerah Ibu Malaysia 2008 di PWTC.. Dia tanya aku samada aku berminat atau tidak .. aku setuju je kerana ini merupakan satu peluang yang baik untuk aku mencabar diri mengambil gambar majlis yang besar.. Aku dikehendaki menghantar sebut harga pada salah seorang pegawai YADIM .. En Sharizal @ Boboy.. Jadi aku hantar lah sebut harga tersebut.. setelah dikaji dan berbincang.. alhamdullillah aku menang sebut harga tersebut.. Maka aku kena ambil gambar majlis ini 9 dan 10 Jun 2008... Sekarang semuanya telah selesai.. album pon aku dah deliver pada pihak YADIM .. Terima kasih pada YADIM terutama En Sharizal dan isteri.. terima kasih pada Jidin dari Anyevent Photography sebab tolong aku shoot majlis ini.. Pengalaman berharga untuk aku.. sampai sekarang aku masih tak kenal siapa tu Zalila tu..