Selasa, 19 Ogos 2008

Tunang 2
































Pertunangan Dr.Ieza di Bangi merupakan satu kerja (bidan terjun) sebenarnya. Ini kerana shoot untuk Dr. Ieza tidak ada dalam jadual aku dan aku dapat panggilan telefon dari Zuhrie ( Red Media Photography ) pukul 11.00 pagi hari sabtu . Semasa tu aku lepak ngan photograher hebat En. Bazuki , En. Shamsharin , En. Azhar Maarof , En. Jimin Lai dan 2 lagi rakan mereka di sebuah kedai mamak Centre Market. Kebetulan aku jumpa mereka semasa shoot demo bantahan di Bangunaan Majlis Peguam. Zuhrie tanya aku free tak petang nie... aku cakap free terus die mintak aku shoot Dr. Ieza di Bangi nie.. aku ngan selamba gi rumah Dr. Ieza kat Bangi. Sampai rumah Dr. Ieza pukul 1.00 ptg, aku ingat aku dah lambat rupanya belum ada org datang pun.. Kebetulan aku jumpa emak die kat luar rumah .. Setelah beri salam aku .. terus mak die sergah tanya aku.. " Photograher ke ??? " .. aku dalam keadaan terkejut jawap " Ye .. Makcik.. " .. lepas tu emak die terus membebel pada aku pasai photographer yang diorang ambil tak jadi datang last minute.. pasai sakit mata katenye.. "ala.. photographer pun sedara mara gak " katanya... aku angguk je... aku kaji sekitar rumah .. serta berborak ngan kakak dan abg Dr. Ieza untuk membiasa diri aku ngan mereka... setelah dah mesra baru aku jumpa Dr. Ieza.. Dr. Ieza malu2 pada mulanya nak bergambar.. kemudian aku biar dia biasa dengan kamera aku... aku hentam snap dalam 20-30 keping.. amik gambar dalam keadaan dia selesa.. setelah dia mesra dengan aku baru aku suruh posing.. dan baru buleh berkerjasama.. Gambar diatas merupakan gambar menggunakan natural lighting.. pada jam 2.00 ptg matahari akan masuk dan betul-betul jatuh atas tangga nie.. aku tak lepaskan peluang ini.. Berikut antara gambar yang aku ambil tersebut.Terima kasih pada Dr. Ieza sekeluarga kerana membenarkan aku mengambil gambar mereka dalam keadaan yang begitu mesra sekali. Harap dapat mengambil gambar semasa kahwin pula.. pada bulan Januari 2009 nanti.. 

Aku teringat satu filem "The Pursuit of Happyness" lakonan Will Smith dimana salah satu tips yang diberikan oleh seorang kaya kepada beliau untuk berjaya dalam hidup .

Pertama "Good with people" dan kedua " Good with number " ... jadi aku sentiasa baik dengan pelanggan aku... 

Rabu, 13 Ogos 2008

Jalan Kaki Amal Kanser Payu Dara

Aku sertai majlis ini untuk memberi sokongan kepada Kak Ngah aku kerana melawan kanser payudara ini. Majlis berlangsung dengan meriah dan aku bertindak macam OP majlis ini ( bukan OP pun..) . Ramai betui gambar org aku snap. Bukan apa seronok tengok gelagat dan tingkah laku mereka. Ketika ini masih ada lagi gambar yang belum aku email pada mereka. Seronok bergambar hari tu terutama di Eye of Malaysia. Lompat sana.. lompat sini.. macam-macam post . Pada kak ngah aku semoga tabah menghadapi dugaan dari tuhan.

Jumaat, 1 Ogos 2008

Fairuz dan Zurina

Majlis persandingan ini diadakan di Dewan Sivik MPPJ pada 26 Julai 2008. Majlis berlangsung dalam keadaan yang teratur dan meriah. Majlis diselangi dengan selawat dan juga nyanyian . Kedua-dua mempelai sama cantik sama padan dan seperti di jodohkan bersama. Terima kasih atas layanan tuan rumah . Pertama kali nya gambar-gambar saya di tayangkan di layar dewan semasa kedua mempelai menikmati hidangan pengantin.Tahniah dari Musz Photo....