Rabu, 2 Julai 2008

Anugerah Ibu Malaysia

Bagaimana kau dapat shoot Permaisuri nie? Soalan dari kengkawan.. begini kisahnya .. pada satu hari aku dapat PM dari sorang yang tak aku kenali.. namanya Zalila.. katanya dia dari YADIM ( Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ) yang tengah mencari freelance photographer untuk Anugerah Ibu Malaysia 2008 di PWTC.. Dia tanya aku samada aku berminat atau tidak .. aku setuju je kerana ini merupakan satu peluang yang baik untuk aku mencabar diri mengambil gambar majlis yang besar.. Aku dikehendaki menghantar sebut harga pada salah seorang pegawai YADIM .. En Sharizal @ Boboy.. Jadi aku hantar lah sebut harga tersebut.. setelah dikaji dan berbincang.. alhamdullillah aku menang sebut harga tersebut.. Maka aku kena ambil gambar majlis ini 9 dan 10 Jun 2008... Sekarang semuanya telah selesai.. album pon aku dah deliver pada pihak YADIM .. Terima kasih pada YADIM terutama En Sharizal dan isteri.. terima kasih pada Jidin dari Anyevent Photography sebab tolong aku shoot majlis ini.. Pengalaman berharga untuk aku.. sampai sekarang aku masih tak kenal siapa tu Zalila tu..

1 ulasan:

Layla Haq berkata...

Salam encik musz,
Hari tu saya ada melihat anda mengambil gambar. Tapi tak berkesempatan untuk bertegur sapa.

Semoga selepas ini banyak kerjasama antara kita [anda dan YADIM].

Semoga berjaya!