Selasa, 16 September 2014

Meleleh

Meleleh
Meleleh adalah perkataan yang siniom dengan aku semasa aku berada di sekolah rendah. Kenapa ye? Sebab aku seorang yang kuat menangis.Bila cikgu tanya tak leh jawab, air mata aku meleleh. Bila kena kacau sikit , air mata aku meleleh. Pendek kata memang tak boleh di sentuh langsung. Sampaikan Cikgu pon bosan nak tanya aku. Baru menuding jari kepada aku , muka aku dah lain macam. Bukan aku sengaja cikgu , tiap kali cikgu tanya tu lah mata aku masuk habuk.. (alasan ampuh).Pada rakan-rakan Sekolah Kebangsaan Tuanku Munawir Kuala Pilah harap kalian masih ingat pada aku yang suka menangis ini ( mereka gelarkan aku  MELELEH..!!!)


Tapi itu sudah menjadi kenangan yang indah pada masa lalu. Kita sering merasakan bahawa kelemahan kita menjadi penghalang kejayaan kita. Bagaimana agaknya sekiranya kelemahan itu adalah kekuatan kita? Jika kita boleh menjadikan kelemahan kita sebagai kekuatan alangkah hebatnya kita. Persoalannya adakah kita tahu kelemahan kita apatah lagi kekuatan kita? Bagaimana nak menukar kelemahan kepada kekuatan kita. Fikir-fikirkan. 


Selasa, 5 Ogos 2014

Selamat Hari Raya 2014


Hari Raya tahun 2000 ( aku 24thn Aiman 3thn ) dan Hari Raya tahun 2014 ( aku 38thn Aiman 17thn )



Isnin, 21 April 2014