Akhirnya aku berjaya membina blog aku sendiri . Kunamakan blog nie 730 kerana nombr nie memberi bermacam-macam suka duka dalam hidup aku . Blog nie merupakan personal blog untuk aku berbicara mengenai hidup aku dan kisah beberapa gambar yang aku ambil. Sudah lama blog nie aku daftar tapi tak berkesempatan untuk aku mencorakkan blog nie.. Blog nie akan aku letak gambar yang aku rasa menarik pada pandangan mata aku.. Setiap gambar ada cerita yang tersendiri .. Maka aku akan cuba ceritakan kisah sebalik gambar tersebut. . Kisah sebalik gambar merupakan satu kisah yang menarik untuk diperkatakan. Oh.. ya.. Blog aku nie akan ku tulis dengan bahasa malaysia kerana aku rasa lebih mesra dengan pembacanya..
Oleh kerana kehangatan pilihanraya di Malaysia nie begitu ketara , aku tak lepaskan peluang untuk merakamkan saat yang menarik sepanjang pilihanraya nie.. Aku mulakan dengan gambar ini... Bismillahirahmannirahim..
Tajuk :-Angin Perubahan

Semasa aku mengambil gambar nie aku berada di Kuantan kerana berkerja. Aku tak pernah pergi penamaan calon sebelum nie jadi aku datang awal pagi.. Aku cuba cari "subjek" yang menarik dan hati aku kuat berkata bahawa ada "subjek" menarik kali nie.. Sepanjang penamaan calon aku sentiasa berkata pada setiap org yang bertanya bahawa aku jurugambar bebas.. Memang pon.. aku tak keje ngan sape2 pon.. Aku cuma mencabar mata dan kretiviti aku je.. Jadi gambar nie aku amik setelah aku dapati brader yang membawa bendera tu berlari2 anak di depan aku.. "Nie pannig shoot nie.." kata aku dalam hati.. so aku set Exposure:0.05 sec (1/20) dan Aperture: f/22 dan aku shoot .. pada mula tak jadi.. percubaan kali kedua baru berjaya.. Aku tunjukkan kepada brader tu gambar yang aku ambil.. "menarik.. menarik.. " katanya .. "abg nak gambar nie.. " katanya lagi.. aku cakap "boleh.. tarak hal.. nanti saya burn lam Cd.. saya bagi kat abg.." brader angguk je.. so aku bagi CD tu kat pondok PAS di Taman TAS.. terima kasih pada para penyokong BN, PAS dan Keadilan Kuantan.. Korang memang happening..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan